Sunday, October 25, 2015

Medan Selera, Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya

As-Salam semua..
Hari nie si Daania dah merengek-rengek kelaparan..
Maklum laaa dr pagi makan roti sapu Nutella je..
Tekak macam dah boleh makan nasi jadi mama pikir mana laa port mama hari niee..

Tengok luar, OK. Alhamdulillah..
Jerebu dah makin berkurangan. 
Moga esok dan hari-hari mendatang akan nampak langit Biruuuuu..

"Mama nak makan mana?"

"Entah tak tau lagi.."

"Yelaaah. Kite dh dalam keta nie.. Takkan mama nak bawa keta je tapi tak tau nak gi mana?"

"Tengok laaa nanti mana keta nie nak benti"

Daania memang laa banyak tanye. 
Ku pun x tau nak makan mana..
Tetibe kepala tingat Taman Warisan..
Haaaa, terus keta meluncur laju ke sana..

Sini memang banyak pilihan
Sebut je nak makan apa pasti ada di sini
Dari gerai masakan panas sehinggalah nasi campur dan satay semua ada di satu lokasi..

Meh jamu mata tengok apa yang best kat sini :




























Amboooi amek nasi kemain banyak
Selero besor tapi tak abes pun makan..
Rega 2 nasi campur + ikan sembilang bakar + cili kicap : RM13

Air Jambu Batu + Teh O Ais : RM3.50

Sini rega makanan berpatutan, jadi usah risau kalo nak wat family gathering di sini. 


Sesiapa sahabat di luar Putrajaya nak berkumjung ke sini memang berbaloi-baloi..
Dari medan selera dgn pilihan makanan, riadah di Taman Warisan, kedai pakaian, florist, gerai  buah-buahan dan gerai menjual pelbagai produk tani ada di satu lokasi..
Jangan risau berkaitan kemudahan letak kereta di sini sebab ianya percuma dan cukup luas..
Tapi keladang waktu lunch tengahari berpusing-pusing jugak mencari parking kerana tempat ini memang tumpuan warga Putrajaya.


OK. Tataaaaaa....

1 comment:

  1. jujurnya tak pernah sampai sini. tak pandai sangat jln2 di putrajaya ni. ke alamanda tau la

    ReplyDelete